Daftar Trademark & Lindungi Jenama Sekarang

Belum daftar trademark dan..

Daftar Trademark

Usahawan biasanya fokus kepada marketing dan sales tapi tak ingat pasal daftar trademark.  Sebab kita tahu, marketing itu nak bagi orang kenal jenama kita, produk kita.  Bila orang kenal, baru orang nak dapatkan produk yang ada jenama kita.  Untuk menaikkan jenama kita ini, kita pakai banyak duit untuk marketing.  Betul… marketing gempak, ramai orang kenal brand kita, barulah masyukk! 🙂

Tapi ramai dari kita ada yang terlepas pandang.  Sudah daftar syarikat. Sudah daftar SSM.  Akaun FB  page dan Ig dah ratus ribu likes.  Sales pula sudah cecah juta-juta tapi cap dagangan / trademark tak daftarr..  Kita ingat kita selamat..  No.. No.. No.. Ini bahaya.  Tuan puan usahawan yang berjaya, pendaftaran jenama kita ini adalah tanda ‘brand’ kita wujud di dunia.  Ia membezakan kita dengan product lain yang berlambak-lambak di pasaran sana. ‘Syarikat’ hanyalah vehicle untuk tuan puan lakukan transaksi secara sah.  Tapi trademark adalah kad pengenalan atau passport antarabangsa jenama kita. Ok?   

Apalah rasa agaknya bila kita sedang di kemuncak, transaksi sejam RM 1,000, tiba -tiba kita dapat surat arahan untuk hentikan penggunaan jenama.  Jenama yang kita reka, perah otak malam tidur tak lena fikir nama apa nak letak.  Nama yang kita gabung mak abah, tok wan, tok ngah atau anak kesayangan kita.  Jenama yang kita target nak wariskan pada anak cucu nanti agar senang lenang ini bukan milik kita yang sah rupanyaaa.. Apa nak buat?

Mula-mula mesti nangis dulu..😭 (especially pompuan kan..)  Lepas tu fikir apa nak buat.  Jom masuk mahkamah.  Lawan TETAP lawan! haha.. dihujung ufuk sana kita tahu kita akan kalah. Masa itu, baru kita rasa lembik lutut tengok stock product kita.  Nama glamour kita bertahun lama kita tu dah tak boleh pakai. Nak jual macamana?  Apatah lagi kalau pihak yang dah daftar ‘nama kita’ tu repot KPDNKK, kita pula kena tuduh jual barang tiruan. Nak?

Mestilah tanakk.. masa tu nak sambung nangis air mata darah pun buat rugi saja.  Kita mungkin fikir, kenapa tak buat sejak zaman dahulu kala.. sejak kita masih packing barang dalam bilik tidur berdua.. sejak mula tercetus idea.. sejak lahir anak pertama.. sejak.. sejak.. sejak..

😭😭😭

Nampak gaya kenalah perah otak semula cari nama baru. Kali ini, sambung pula nama anak bongsu (dulu nama anak first) 😀 Print kotak baru, buat iklan baru, masuk tv bayar ribu-ribu..

Jadi,

Macamana nak protect atau lindungi jenama kita? Sebelum orang lain senang senang cilok. Lembu punya susu.. sapi, seladang, platipus dan gajah yang dapat nama!

Elakkan perkara ini terjadi.  Sayangnyaaa, penat lelah kita naikkan brand kita tapi akhirnya bukan kita punya.. Banyak dah kita dengar cerita sampai naik mahkamah sebab nak pertahankan jenama.  Dari kena bayar sikit untuk daftar, terus berlubang poket kita nak pertahankan nama yang kita bina dengan keringat dan airmata.. Tukar je laa brand baru.. habis cerita.

Ingat senang ke nak bermula naikkan brand semula?

Jaga, pelihara dan selamatkan jenama kita dengan mendaftarkan trademark kita di MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia).  Supaya kita tak menyesal dikemudian hari.

 

  • Perlu ke lindungi jenama bisnes kita ni?
  • Dah daftar nama perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bukan jenama dah dilindungi ke?
  • Keliru sebenarnya tentang trademark ke paten.  Copyright tu apa pulak?
  • Tak tahu macam mana nak daftar & nak daftar dengan siapa?
  • Apa yang nak didaftar. Logo ke perkataan? Jenama macam mana yang boleh ke didaftarkan?

.

Ada persoalan macam ni? Masih blurr bagaimana nak melindungi jenama, teruskan scroll..

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya Pn. Alin Hurriya Harlinda, Rakan Trademark Anda!

Tahniah! Tuan/Cik Puan kini semakin hampir untuk mendapatkan perlindungan terhadap jenama bisnes dan seterusnya menjadikannya ianya hak milik eksklusif selamanya.

Sepanjang membantu mendaftarkan trademark rakan-rakan usahawan, banyak kes di mana trademark yang tidak didaftarkan mendatangkan implikasi besar terhadap bisnes.  Terdapat banyak kes di mana pihak lain telah mendaftarkan trademark bagi jenama tersebut walau ianya telah digunakan oleh pihak sebenar bertahun-tahun.  

Ada pula yang menggunakan trademark pihak lain sebagai identiti perniagaan.  Ada yang seakan-akan sama bunyinya ataupun hampir sama bentuk logonya.  Terpampang besar di papan tanda premis perniagaan.  Sudah tentu ianya tidak didaftarkan.  Akibatnya, pemilik sebenar ambil tindakan undang-undang.  Surat saman pun sampai.

Banyak juga sama-sama tidak mendaftarkan trademark dan menggunakan jenama yang sama.  Confuse pelanggan dibuatnya.

“Puan! saya dah beli baju brand Puan..”, sambil hantar gambar selfie jelita dengan pakaian yang dibeli.  Produk orang lain rupanya. Sentap oii! ( Ini pengalaman sendiri 😀 ) Walaupun jenama saya sendiri sudah daftar jauh jauh hari, ada juga yang daring selamba ikut suka hati.

Jadi, pendaftaran trademark ini adalah penting bagi membezakan jenama kita dengan orang lain. Ia dapat melindungi jenama kita dari diguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Bukan itu saja, ia adalah lambang jaminan kualiti, gaya dan reputasi sesuatu produk.  Selain dari perlindungan jenama, ianya penting bagi mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Sesuatu jenama yang sudah terdaftar dipandang lebih serius dan memberikan imej lebih tinggi dalam bisnes  jangka masa panjang. Kita mahu jenama kita yang asalnya kita bungkus di rumah, boleh di pamerkan di Harrods, London.  Kita juga mahu jenama kita setanding PANDORA, DIOR, GUCCI dan LV.  Paling koman pun, apasalahnya setanding Bonia serta Padini, Duckscarves macam Vivy atau Madam Kwan’s di KLCC walaupun tidak sebesar KFC.  Jangan terkejut, suatu hari nanti bila product kita masuk pasaraya di Abu Dhabi, Johannesburg atau Sidney. Kalau rasa macam jauh sangat nak pergi, apa kata kita conquer South East Asia dan sukan SEA..

Semua perkara tidak mustahil boleh terjadi.  Yang penting kita bersedia awal apa yang wajib kita ada untuk kita takluk serata negeri.  Tiba masanya rezeki datang bergolek kita susun saja sijil kita yang dah certified true copy.  Masa itu, kita tahu, kita sudah terbang tinggi.  

 

Hurriya Harlinda Zainudin
Trademark Consultant

Puan Alin ( Hurriya Harlinda) adalah mantan peguam Syarie.  Beliau beramal sejak tahun 2004 hingga 2007.  Pada tahun 2008, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UIA dan juga menjadi tutor Malaysian Legal System untuk pelajar undang-undang.   Setelah memiliki Masters of Comparative Laws, beliau mengajar secara sambilan di OUM Seremban.

Mula bergiat sebagai branding dan trademark consultant sejak tahun 2013 dengan membantu rakan usahawan daftark trademark jenama bisnes mereka.  Kini beliau merupakan agen trademark MyIPO yang sah dengan nombor pendaftaran 4720.  Beliau juga adalah pemilik jenama pakaian HURRIYA® – khusus untuk wanita muslimah professional.  Koleksi beliau boleh didapati di Parkson IOI City Mall, Putrajaya atau laman web https://www.hurriya.com.my

 

Ok, mari kita  berkenalan terlebih dahulu dengan TRADEMARK ini.

Trademark (atau cap dagangan) boleh terdiri daripada unsur-unsur nama, perkataan, gambar, huruf,  nombor mahupun logo yang digunakan untuk merujuk kepada syarikat, produk mahu pun perkhidmatan.  Boleh juga terdiri dari kombinasi atau gabungan unsur-unsur nama, perkataan, huruf atau pon logo.  

Secara ringkasnya,  identiti nama kepada syarikat atau pun produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.  Paling penting, ianya menjadi faktor utama membezakan produk dan perkhidmatan penyedia dengan yang lain. Mudahnya memilih produk dan perkhidmatan berdasarkan kualiti dan reputasi mereka. 

Sesiapa sahaja boleh menggunakan trademark mereka sendiri,  tetapi kunci utama adalah “daftar trademark” tersebut.  Di Malaysia, trademark perlu didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Intellectual Property Corporation of Malaysia) atau singkatanya MyIPO bagi menjadikannya ianya sebagai hak milik eksklusif pemilik bisnes.

 

Salah satu sebab utama pengguna membuat keputusan adalah faktor kualiti produk.  Kualitinya kemudian diwakili oleh brand produk yang sememangnya berkait langsung dengan cap dagangan, tanda niaga atau trademark yang mereka gunakan. Contohnya, BONIA vs Sembonia. Sembonia adalah adik kepada Bonia. Price range untuk Sembonia adalah berbeza dari Bonia.

Penting bukan? Mari kita lihat sejauh mana kepentingan trademark terhadap bisnes yang kita jalankan:

(1) Trademark adalah harta intelek . Ia adalah aset kita yang bernilai.

Peniagaan kita yang semakin meroket juga akan menaikkan nilai trademark atau cap dagangan. Sama dengan produk dan perkhidmatan, nilai terhadap trademark juga boleh bertambah. Seperti aset kita yang lain, contohnya rumah, jenama juga boleh diwariskan kepada ahli waris kita seperti harta yang lainnya.  Kita juga boleh melesenkan atau menjual trademark jenama kita satu masa nanti. Contoh nilai trademark bagi jenama ‘MAYBANK’ adalah sebanyak RM 10 billion.  Ini tidak termasuk nilai bank tersebut.  Nama ‘Maybank’ sahaja bernilai RM 10 billion. Berapa nilai jenama kita agaknya ya? Jangan lupa daftar trademark dan mula bangunkan value jenama bisnes kita sekarang!

(2) Trademark sebagai alat komunikasi yang efektif (effective communication tool)

Bayangkan dengan satu logo sahaja, trademark boleh mengambarkan tentang kualiti, emosi dan reputasi terhadap perniagaan, syarikat, produk dan perkhidmatan.  Lihat jenama terkenal kasut Nike, dengan logo sahaja kita tahu tentang kualiti kasut yang dikeluarkan dan pemakainya berasa bangga dengannya. Tanda (tick) saja kita dah tahu apa dia.

Sebut sahaja Coca Cola dan Pepsi.  Kenal sardin Ayam Brand? Maggi? Kita semua kenal sangat jenama ini..

(3) Memudahkan pelanggan mencari dan membuat pilihan

Keadaan pasaran yang agak ‘crowded’ menyukarkan pelanggan untuk membezakan satu produk dengan produk yang lain. 

Trademark dengan kombinasi strategi branding boleh menjadikan produk dan perkhidmatan kita lebih menonjol berbanding pesaing.  Ini memudahkan pelanggan untuk mencari dan memilih produk atau perkhidmatan  yang kita sediakan.

(4) Memanfaatkan Internet dan media sosial dengan trademark

Jenama atau apa juga tanda niaga yang didaftarkan memudahkan carian di Internet.  Pengguna akan terus melakukan carian jenama di Internet atau pun melalui media sosial.

(5) Menguatkan team bisnes dengan trademark 

Nak cari team jualan, staff, agen atau stokis? Jenama, tanda niaga atau cap dagangan yang bereputasi tinggi memudahkan kita untuk menambah dah menguatkan team bisnes. 

Prospek team bisnes mudah tertarik dengan jenama bisnes yang terkenal.  Tentulah jenama tersebut didaftarkan sebagai trademark.

 

Yang paling penting, bila jenama kita sudah terdaftar, kita boleh halang orang lain dari gatal-gatal nak guna jenama kita. Kita boleh saman atau minta royalty dari hasil jualan jenama ‘tiruan’ yang rupa nak macam kita tu.. Tak dengar kata, kita boleh start practice ayat, “See you in court!”  😛 

Eksploitasi kepentingan trademark untuk membangunkan bisnes dengan mendaftar sekarang.

 

 

Biasa dengar tentang trademark, paten dan copyright? Adakah mereka sama? Tidak sama sekali.  Memang biasa jumpa pemilik bisnes yang keliru dengan trademark, patent dan copyright ni.  Ada yang sebut nak daftar patent, tetapi bila sembang-sembang rupanya cerita pasal trademark.

Trademark, patent dan copyright sememangnya sebahagian dari harta intelek.  Walau bagaimana pun, ketiga-tiga bentuk harta intelek ini merujuk kepada perlindungan yang berbeza:

  • Trademark (cap dagangan) – perlindungan terhadap nama, brand atau jenama dan logo yang digunakan terhadap perniagaan atau syarikat, produk serta perkhidmatan yang disediakan.  Kita perlu daftar trademark bagi mendapatkan perlindungan undang-undang di Malaysia;
  • Patent (paten) – perlindungan terhadap rekacipta yang berbentul fizikal seperti bentuk rekacipta peralatan kenderaan, system, electronic device atau sesuatu product yang belum pernah wujud di dunia dan yang berkaitan dengannya. 
  • Copyright (hakcipta) – perlindungan terhadap karya artistik dan literasi seperti buku, lagu, lirik lagu, kandungan laman web dan lain-lain lagi.

 

 

Di Malaysia, apabila trademark telah didaftarkan, ianya dilindungi oleh undang-undang Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997.

Akta ini melindungi trademark yang didaftarkan selama sepuluh (10) tahun.  Selepas tempoh ini tamat, pemilik trademark boleh memperbaharui bagi tempoh 10 tahun berikutnya.  Dengan kata lain, ia mejadi hak milik eksklusif kita selamanya.

Perlindungan di negara lain memerlukan kita daftar di negara tersebut secara berasingan.

Selagi berada dalam tempoh sah pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran, pihak lain tidak dibenarkan menggunakan trademark untuk apa tujuan sekalipun.

Pemilik boleh melesenkan trademark tersebut kepada pihak lain.  Ia juga boleh diserah hak, diwariskan dan dijual.  Itu sebabnya trademark adalah sebahagian daripada harta intelek yang benilai tinggi!

Mahu jadikan jenama atau tanda niaga kita sebagai hak milik eksklusif kita pemilik bisnes selamanya? Daftar sekarang dengan klik button di bawah ni..

 

 TM hanyalah singkatan bagi trademark.  Ia tiada sebarang implikasi undang-undang.  Sesiapa saja, tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu ke MyIPO boleh meletakkan tanda TM di tepi jenama mereka.  Ia seperti hint kepada orang ramai bahawa mereka mahu daftar trademark atau sedang dalam proses pendaftaran.  Tapi dalam tempoh ini, jika ada orang lain mendaftarkan dahulu jenama tersebut, bye.. bye.. anda tiada hak untuk membantah. 

Manakala tanda ® pula merujuk kepada tanda jenama yang sudah terdaftar di MyIPO.  Ia sudah dimasukkan dalam warta kerajaan Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Cap Dagangan 1976.  Penggunaan simbol simbol ® ini membawa maksud jenama tersebut telah dilindungi dari segi undang-undang trademark dan yang berkaitan.  Penggunaan tanda ® dengan sengaja tanpa pendaftaran, jika terdapat laporan dan sabit kesalahan, pihak yang menyalahguna tanda ini boleh dikenakan denda sebanyak RM 500. 

 

Bagi pengunaan tanda TM dan ® pada jenama, simbol ini diletakkan di atas sedikit di sebelah kanan (superscript) nama atau logo yang kita digunakan.  Contoh:

 

Kenapa kita perlu nak daftar trademark sedangkan kita kan sudah daftar perniagaan atau syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?  Betul, nama syarikat atau perniagaan yang didaftarkan adalah unik.  Tetapi, selagi jenama tersebut tidak didaftarkan sebagai trademark, sesiapa saja boleh mengunakannya.

Contoh, nama syarikat kita digunakan sebagai nama produk orang lain.  Ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kerugian kepada perniagaan yang kita jalankan

Perlu ditekankan bahawa SSM dan MyIPO adalah dua organisasi yang berbeza.  Akta dan undang-undang yang digunapakai bagi kedua-dua organisasi ini juga adalah tak sama.

 

Harta intelek juga terdiri daripada hakcipta, petunjuk geografi, reka bentuk perindustrian, paten dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.  Sebagaimana dengan trademark, ia adalah harta yang yang bernilai.

Mari kita berkenalan dengan beberapa perkara tentang harta intelek untuk mengelakkan kekeliruan:

  • Copyright (hakcipta) – Hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya (artistik/seni/sastera) seperti karya dalam buku, majalah, lagu dan filem.  Perlindungan diberikan secasa automatik di mana tiada pendaftaran perlu dilakukan.  Perlindungan kepada hakcipta adalah selama lima puluh (50) tahun.

 

  • Petunjuk Geografi – Terma yang berkaitan dengan lokasi geografi yang digunakan pada sesuatu produk atau barangan.  Ia menunjukkan tempat atau kawasan asal produk; dan kualiti produk adalah berkaitan dengan lokasi atau kawasan tersebut.  Contoh, Teh BOH yang berasal dari Cameron Highlands.  Tempoh perlindungan adalah 10 tahun dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun berikutnya.  Teh yang ditanam ditempat lain adalah tidak dibenarkan untuk ‘claim’ ianya ditanam dan diproses di Cameron Highlands.

 

  • Reka bentuk Perindustrian – Rekabentuk luaran bagi memberi penampilan untuk sesuatu produk yang dihasilkan secara perindustrian.  Contoh mudah, rekabentuk kereta yang biasa kita lihat berdasarkan jenama masing-masing.  Tempoh perlindungan selama 15 tahun selepas difailkan.

 

  • Reka bentuk susun atur litar bersepadu – susun atur tiga dimensi litar bersepadu yang berkaitan dengan alat elektronik.  Perlindungan komersil adalah 10 tahun dan 15 tahun jika tidak dikomersilkan.  Perlindungan juga adalah secara automatik tanpa pendaftaran.

 

  • Paten – Reka cipta sesuatu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu produk baru, atau penyelesaikan teknikal baru untuk sesuatu masalah bagi kegunaan bidang industri.  Tempoh perlindungan bagi paten yang difailkan di MyIPO adalah selama 20 tahun.

 

 

Masih keliru tentang harta intelek? Nak tahu lebih detail? Klik butang “Daftar Sekarang” untuk penerangan lebih lanjut dan dapatkan khidmat pendaftaran kami:

 

Kenapa kita perlu daftar? Jawapan dia mudah. Kenapa tidak? Ok mari kita perhalusi lima (5)  sebab kenapa kita perlu Daftar Trademark:

(1) Perlindungan – Kalau kita tak daftar, pihak lain akan daftar.   Cuba bayangkan jenama yang kita wujudkan dan bangunkan bertahun-tahun dengan susah payah didaftarkan oleh orang lain.  Keadaan ini secara automatiknya akan meletakkan perniagaan kita dalam risiko.  Risiko tindakan undang-undang boleh diambil terhadap perniagaan kita dan seterusnya mendatangkan kerugian kepada perniagaan.  Oleh itu, kita perlu daftarkan segera apa juga tanda niaga dan cap dagangan kita sekarang!  Dengan mendaftar trademark, ia akan jadi hak milik eksklusif kita selamanya.  Sesiapa sahaja tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.

(2) Membina dan membangunkan nilai – Bila trademark telah didaftarkan, ianya dilindungi di bawah undang-undang.  Pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.  Kini kita boleh membangunkan jenama, produk dan perkhidmatan tanpa risau gangguan dari faktor pengunaan oleh orang lain.  Bila bisnes meningkat, nilai jenama dan trademark yang didaftarkan juga meningkat.  Ianya boleh dilesenkan dengan bayaran nilai tertentu dan juga dijual kepada pihak lain sebagai exit strategy satu masa nanti – harta intelek yang bernilai tinggi.

(3) Elak risiko undang-undang.  Perniagaan kita akan berhadapan dengan risiko undang-undang jika ada pihak lain mendaftarkannya terlebih dahulu.  Kita boleh disaman oleh pihak yang mendaftarkan jenama tersebut walau pun kita dah gunakan lebih dua puluh (20) tahun!  Ya mungkin kita boleh turun naik mahkamah untuk menghalang pihak lain mendaftarkannya, tetapi kes-kes sebegini akan memakan masa dan melibatkan kos kewangan yang tinggi.  Kalau kalah saman pula, kita pula terpaksa membayar ganti rugi yang tinggi!

(4) Elak kerugian – Sudah la kita rugi masa dan kos mahkamah, pelanggan pula mungkin terkeliru oleh kerana jenama kita digunakan dan didaftarkan oleh pihak lain.  Mereka mungkin menyangka produk kita yang keluarkan.  Hakikatnya, produk tersebut adalah keluaran orang lain.

(5) Elak ketidak-tentuan bisnes –  Akibat daripada tindakan undang-undang kita terpaksa tukar jenama, cap dagangan dan apa juga tanda niaga kepada yang lain.  Ianya seperti memulakan kembali perniagaan kita semula.  Kita perlu bermula kembali untuk menaikan jenama baru.  Bukan mudah mahu menaikkan jenama.  Usaha kita selama ini go DOWN to the drain!~

Daftar segera untuk melindungi jenama dan seterusnya terbang tinggi mencapai bintang membangunkan jenama kita. Bina kukuh jenama kita agar dapat kita wariskan jenama yang kita bina sekarang untuk anak cucu kita akan datang. 

 

Kita perlu buat kajian sama ada trademark kita boleh didaftarkan.  Pelajari serba sedikit tentang trademark yang boleh dan tidak boleh didaftarkan.  Antara yang paling penting:

  1. Pastikan trademark kita belum didaftarkan dan digunakan oleh pihak lain.
  2. Trademark yang hendak kita daftarkan tidak menyerupai atau hampir serupa bentuk atau bunyi dengan trademark lain.
  3. Trademark tidak menggunakan perkataan yang merujuk kepada produk atau sifat produk.

Apa lagi? Sebagai bonus, lakukan carian nama domain di Internet untuk memastikan ianya belum digunakan orang lain.  Bagi jangka masa panjang, kita mungkin memerlukan laman web sendiri dengan nama domain sama dengan trademark yang didaftarkan.   Jika ianya masih ada, daftar nama domain tersebut dengan kadar segera!

  • Penggunaan trademark bagi memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
  • Perkara-perkara sensitif, skandal dan apa jua perkara yang boleh menyinggung perasaan orang ramai.
  • Menyalahi undang-undang.
  • Perkara yang memudharatkan, lebih-lebih lagi kepada kepentingan atau keselamatan negara.
  • Trademark menyerupai jenama terkenal di Malaysia.
  • Hampir-hampir sama, sama ada logo, sebutan atau pun ejaan.
  • Mengandungi petunjuk geografi atau tempat, tetapi tidak berasal dari wilayah atau tempat tersebut.

 

  1. Khidmat perundingan dan carian trademark – kami menyediakan khidmat perundingan dan carian untuk memastikan trademark boleh didaftarkan dan belum digunakan oleh pihak lain di Malaysia.  Kami akan bantu untuk membina, memilih dan daftarkan trademark yang kukuh (strong trademark) dan bersifat komersil.
  2. Memfailkan permohonan pendaftaran trademark ke MyIPO.  Membantu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan membuat daftar trademark di MyIPO.  Bantuan akan diberikan jika terdapat isu-isu berbangkit dari pihak MyIPO.
  3. Pendaftaran dan Pewartaan – Apabila notis penerimaan telah dikeluarkan oleh MyIPO ianya akan digazetkan dalam warta Kerajaan Malaysia.  Jika tiada bantahan dari pihak lain dalam tempoh 4 bulan, sijil   perakuan trademark akan dikeluarkan oleh MyIPO sebagai tanda kita telah daftar trademark dan trademark telah menjadik milik eksklusif kita selamanya!  Ada bantahan? Bantuan berbentuk perundangan juga ada untuk membolehkan ianya didaftarkan.

OK ni rakan-rakan yang telah kami bantu trademark jenama bisnes mereka..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Awesome kan! Mahu ikut mereka untuk kami bantu daftar trademark? Tak perlu serabut-serabut isi borang, tanya dan google sana sini, dan susah payah ke MyIPO untuk daftar trademark.  Klik “Daftar Sekarang” untuk kami bantu.  Peace of mind.

 

Soalan lazim – Nak daftar trademark kena daftar perniagaan atau syarikat dulu ke? Tak perlu.  Kita boleh daftar trademark atas nama individu.  Bagaimana pun, pendaftaran trademark boleh dilakukan secara individu, perkongsian  atau pun atas nama syarikat.

Dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran:

  1. Individu: Salinan kad pengenalan
  2. Perniagaan Enterprise: Form D dan details
  3. Syarikat (Sdn. Bhd.): Form 9 dan Form 49

 

Semalam  😀 

Berdasarkan pengalaman, kita dapati banyak syarikat dan individu menjalankan perniagaan belum peka dalam aspek pendaftaran trademark.  Ada yang berniaga bertahun-tahun tanpa daftar trademark jenama mereka.  

Trademark atau apa juga tanda niaga yang digunakan, apabila tidak berdaftar, ia tidak dilindungi oleh undang-undang.  Sehinggalah segalanya sudah terlambat.  Secara automatik kita kehilangan harta intelek yang amat bernilai jika ada pihak lain yang daftar trademark terlebih dulu.

Jadi bila masa terbaik untuk daftar trademark?  Ia perlu didaftarkan dari awal, lebih baik lagi jika sudah ada idea berniaga sesuatu produk atau perkhidmatan walaupun entiti bisnes belum diwujudkan.  Dengan kata lain, daftar trademark dahulu sebelum trademark digunakan. ( Pengalaman sendiri – Saya daftar jenama saya ketika saya berangan. Waktu itu belum ada syarikat. Ketika memulakan perniagaan, jenama saya sudah terdaftar hampir 3 tahun. Saya percaya, ini adalah salah satu faktor kejayaan saya menerobos masuk ke pasaraya Parkson selepas 6 bulan memulakan perniagaan).  

Bermula awal lebih menjamin hak milik eksklusif terhadap trademark tersebut. Secara peribadi, saya juga seperti tuan puan. Saya juga bercita-cita tinggi mahu jenama saya dikenali. Mahu ia jadi legasi. Pengalaman membangunkan jenama sendiri bukan mudah. Tapi saya bersyukur kerana saya ada sedikit ilmu tentang penjenamaan. Saya mahu usahawan yang bermula kecil seperti saya berdiri gagah dengan jenama sendiri. Biar kita bermula kecil asal kita bermula betul dan kukuh dari bawah. Bina jenama bukan semata-mata mahu gah, tetapi bermaruah! 

Daftar trademark sekarang! 

 

 

WhatsApp kami untuk bantuan pendaftaran di:

010 – 84 000 94
010 – 84 000 94
010 – 84 000 94

Atau klik je link ni..

https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094
https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094
https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094

Apa tunggu lagi.  Bertindak segera untuk melindungi jenama bisnes kita dari dirampas orang…