Kenali harta intelek

Harta intelek (intellectual property) merujuk kepada sebarang hasil ciptaan minda seperti rekacipta barangan baru bersifat fizikal, karya literasi dan artistik, simbol, logo, nama dan imej.  Ianya sangat penting dan digunakan secara meluas bagi tujuan perniagaan.   Kenapa ia dirujuk sebagai harta? Kerana ianya mempunyai nilai tersendiri.  Nak tahu contoh? Nama “MAYBANK” sahaja bernilai RM 10 bilion!  Ia juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan seperti dilesenkan dengan fee yang tertentu, dijual dan diserah hak kepada pihak lain.

Kategori Harta Intelek

Harta intelek terdiri daripada trademark, hakcipta, petunjuk geografi, reka bentuk perindustrian, paten dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.  Setiap kategori harta intelek ini dilindungi oleh undang-undang.  Ia memberikan perlindungan daripada digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran.

Mari kita berkenalan dengan harta intelek dan perlindungan undang-undang di Malaysia:

  • Trademark (cap dagangan) – perlindungan terhadap nama, brand atau jenama dan logo yang digunakan terhadap perniagaan atau syarikat, produk serta perkhidmatan yang disediakan.  Perlindungan cap dagangan adalah sepuluh sepuluh 10 tahun dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun berikutnya.

 

  • Copyright (hakcipta) – Hak ekslusif yang diberikan kepada pencipta karya (artistik/seni/sastera) seperti karya dalam buku, majalah, lagu dan filem.  Perlindungan diberikan secasa automatik di mana tiada pendaftaran perlu dilakukan.  Perlindungan kepada hakcipta adalah selama lima puluh (50) tahun.

 

  • Petunjuk Geografi – Terma yang berkaitan dengan lokasi geografi yang digunakan pada sesuatu produk atau barangan.  Ia menunjukkan tempat atau kawasan asal produk; dan kualiti produk adalah berkaitan dengan lokasi atau kawasan tersebut.  Contoh, Teh BOH yang berasal dari Cameron Highlands.  Tempoh perlindungan adalah 10 tahun dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun berikutnya.  Teh yang ditanam ditempat lain adalah tidak dibenarkan untuk ‘claim’ ianya ditanam dan diproses di Cameron Highlands.

 

  • Reka bentuk Perindustrian – Rekabentuk luaran bagi memberi penampilan untuk sesuatu produk yang dihasilkan secara perindustrian.  Contoh mudah, rekabentuk kereta yang biasa kita lihat berdasarkan jenama masing-masing.  Tempoh perlindungan selama 15 tahun selepas difailkan.

 

  • Reka bentuk susun atur litar bersepadu – susun atur tiga dimensi litar bersepadu yang berkaitan dengan alat elektronik.  Perlindungan komersil adalah 10 tahun dan 15 tahun jika tidak dikomersilkan.  Perlindungan juga adalah secara automatik tanpa pendaftaran.

 

  • Paten – Reka cipta sesuatu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu produk baru, atau penyelesaikan teknikal baru untuk sesuatu masalah bagi kegunaan bidang industri.  Tempoh perlindungan bagi paten yang difailkan di MyIPO adalah selama 20 tahun.

 

 

Nak tahu lebih detail tentang harta intelek? WhatsApp kami sekarang:

https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094
https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094
https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094

 

Pn. Alin Hurriya Harlinda,

Daftar Trademark,
Hurriya Exclusive Sdn. Bhd.

   

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *