Strategi Penjenamaan: 7 Prinsip “Brand as Business”

Mari kita teliti strategi penjenamaan yang dibuat oleh syarikat-syarikat gergasi dunia.  Brand mereka begitu menyerlah dan bernilai tinggi.  Secara umumnya, ia dirangkumkan kepada 7 prinsip sebagai strategi branding.

7 Prinsip Strategi Penjenamaan “Brand as Busines”

Kita lihat apa yang mereka buat, dan apa pula yang mereka elakkan dalam 7 prinsip “Brand as Business” sebagai strategi penjenamaan ini.

Prinsip 1 – Great Brands Start Inside

Brand yang hebat bermula dari dalam.

Memupuk budaya korporat dalam strategi penjenamaan adalah sangat penting.  Budaya korporat perlu diwujudkan, disesuaikan atau lebih drastik, ditukar bagi kita untuk define kembali jenama perniagaan yang dimahukan.

Budaya korporat ini perlu diamalkan dan perlu meliputi keseluruhan stakeholder dan warga kerja.  Ia juga perlu melibatkan pihak ketiga seperti pembekal, distributor, pengilang atau apa juga agensi yang berkaitan.

Prinsip 2 – Great Brands Avoid Selling Products

Brand yang hebat elak jual produk.

Perniagaan yang hebat tidak bergantung kepada kehebatan produk sebagai strategi penjenamaan.  Ya betul, produk berkualiti yang hebat amat penting.  Tetapi produk yang berkualiti hebat atau berteknologi tinggi sahaja tidak menjamin kedudukannya dalam pasaran.  Jadi apa yang penting?   Kita perlu membina hubungan emosi yang kuat kepada produk tersebut.

Orang membeli kerana emosi.  Kan bangga bila jadi pengguna brand tertentu.  Padahal ada lagi yang lebih canggih.  Betul tak?  Kita tengok betapa bangganya pengguna iPhone  🙂

 

what great brands do

 

Prinsip 3 – Great Brands Ignore Trends

Brand hebat tak mengejar trend.

Trend semasa sememangnya boleh menarik perhatian kepada produk dan perkhidmatan.  Tapi trend ini sifatnya sementara.  Memang kita boleh buat sale gila-gila pada masa tu.  Tapi setakat itu jelah kan.

Cuba perhatikan dan ingat balik keadaan sekeliling kita.  Satu masa orang sibuk jual tudung.. semua nak jual.  Orang jual telekung, pun orang lain nak jual telekung.  Betul betul?  Sekarang teh ais pulak ada macam-macam di tepi jalan…

Prinsip 4 – Great Brands Don’t Chase Customers

Tidak terlalu mengejar pelanggan.

Maksud tidak terlalu mengejar pelanggan di sini, kita tahu sapa target market kita.  Produk atau perkhidmatan kita ni bukan untuk semua orang.

Kita perlu kenal pasti siapa target pasaran kita.  Dalam masa yang sama kita fokus tentang nilai yang hendak kita sampaikan kepada sasaran pasaran ini.

Prinsip 5 – Gread Brands Sweat the Small Stuff

Brand hebat jaga perkara-perkara yang kita anggap kecil.

Perniagaan yang besar amat mengambil berat kepada semua perkara walau kita anggap ianya perkara kecik je.  Contoh, bagaimana rupa bentuk produk sehinggalah lantai yang dipasang di show room mereka.   Apa yang berkaitan dengan customer experience mereka sangat ambil berat.

Juga tengok preentation slide yang mereka gunakan, mereka amat mengambil berat tentang brand compliance.  Logo mereka tidak boleh diletakkan sembarangan. Saiz logo juga sudah ditentukan.  Itu belum lago warna font dan saiznya.

Prinsip 6 – Great Brands Commit and Stay Committed

Mereka lakukan dan stay commited.

Ya, mereka commit and stay commited.  Mereka lakukan apa yang mereka rancang dalam penjenamaan.  Dan mereka sangat committed terhadap plan tersebut.

Satu “Big-four company” contohnya,  sebelum mereka keluarkan sebarang dokumen kepada pelanggan, mereka akan pastikan kualiti dokumen dan dokumen tersebut adalah mengikut brand guideline yang mereka keluarkan.   Terdapat staff yang khusus untuk pastikan perkara ini.

Tak hairan mereka boleh berkembang dan masih ada walau ditubuhkan pada tahun 1845 dengan kini ada lebih dari 250 ribu talent di seluruh dunia.

Prinsip 7 – Great Brands Never Have to ‘Give Back’

OK yang ni agak tricky sikit.  Kan kita tahu, perniagaan yang besar mereka ada program yang dipanggil CSR – Corporate Social Responsibility.  Dan perniagaan besar seperti ini menggunakan program seperti ini bagi mereka untuk “Give Back” kepada masyarakat.

Jangan salah paham.  Bukan tak boleh buat CSR ni, tapi apa yang dimaksudkan adalah, dengan brand sahaja boleh memberi kesan kepada masyarakat.

Seperti IKEA, ia bukan hanya marketing semata-mata.  Objektif mahu “improve people’s lives” semangnya diterjemahkan melalui rekabentuk dan susun atur gudang membeli belah mereka.  Produk mereka juga boleh dipasang sendiri oleh pelanggan.  Pernah lihat dokumen cara pemasangan produk mereka? Senang beb.  Ikut je step by step gambar cara pemasangan je kita boleh pasang sendiri.  Satu perkatan pun takde kan dalam kertas tu selain IKEA dan nama produk?

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *