5 Sebab Daftar Trademark

5 Sebab daftar trademark yang perlu kita tahu.

Kenapa kita perlu daftar? Jawapan dia mudah. Kenapa tidak? Ok mari kita perhalusi lima (5)  sebab kenapa kita perlu Daftar Trademark:

(1) Perlindungan

Kalau kita tak daftar, pihak lain akan daftar.   Cuba bayangkan jenama yang kita wujudkan dan bangunkan bertahun-tahun dengan susah payah didaftarkan oleh orang lain.

Keadaan ini secara automatiknya akan meletakkan perniagaan kita dalam risiko.

Risiko tindakan undang-undang boleh diambil terhadap perniagaan kita dan seterusnya mendatangkan kerugian kepada perniagaan.  Oleh itu, kita perlu daftarkan segera apa juga tanda niaga dan cap dagangan kita sekarang!  Dengan mendaftar trademark, ia akan jadi hak milik eksklusif kita selamanya.

Sesiapa sahaja tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.

(2) Membina dan membangunkan nilai

Bila trademark telah didaftarkan, ianya dilindungi di bawah undang-undang.  Pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.

Kini kita boleh membangunkan jenama, produk dan perkhidmatan tanpa risau gangguan dari faktor pengunaan oleh orang lain.

Bila bisnes meningkat, nilai jenama dan trademark yang didaftarkan juga meningkat.

Ianya boleh dilesenkan dengan bayaran nilai tertentu dan juga dijual kepada pihak lain sebagai exit strategy satu masa nanti – harta intelek yang bernilai tinggi.

sebab daftar trademark

(3) Elak risiko undang-undang

Perniagaan kita akan berhadapan dengan risiko undang-undang jika ada pihak lain mendaftarkannya terlebih dahulu.

Kita boleh disaman oleh pihak yang mendaftarkan jenama tersebut walau pun kita dah gunakan lebih dua puluh (20) tahun!

Ya mungkin kita boleh turun naik mahkamah untuk menghalang pihak lain mendaftarkannya, tetapi kes-kes sebegini akan memakan masa dan melibatkan kos kewangan yang tinggi.

Kalau kalah saman pula, kita pula terpaksa membayar ganti rugi yang tinggi!

(4) Elak kerugian

Sudah la kita rugi masa dan kos mahkamah, pelanggan pula mungkin terkeliru oleh kerana jenama kita digunakan dan didaftarkan oleh pihak lain.

Mereka mungkin menyangka produk kita yang keluarkan.  Hakikatnya, produk tersebut adalah keluaran orang lain.

(5) Elak ketidak-tentuan bisnes

Akibat daripada tindakan undang-undang kita terpaksa tukar jenama, cap dagangan dan apa juga tanda niaga kepada yang lain.

Ianya seperti memulakan kembali perniagaan kita semula.  Kita perlu bermula kembali untuk menaikan jenama baru.  Bukan mudah mahu menaikkan jenama.  Usaha kita selama ini go DOWN to the drain!~

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *