3 Langkah Daftar Trademark Mudah

Mari kita lihat 3 Langkah Daftar Trademark Mudah.  Baca seterusnya…

Trademark merupakan sebarang unsur nama, huruf, perkataan, angka, perkataan, simbol, logo dan juga gabungan unsur-unsur ini sebagai tanda kepada perniagaan.  Kebiasaannya ia akan merujuk kepada brand atau jenama sesuatu bisnes, produk atau perkhidmatan.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar makanan utama dunia Nestle telah mendaftarkan Nestlé® sebagai trademark mereka.  Mereka juga telah mendaftarkan trademark MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ®, CERELAC®, LACTOKID™ COMFORTIS®, NESTLÉ BLISS®, DRUMSTICK® dan lain-lain lagi.

3 Langkah Daftar Trademark Mudah

Kenapa perlu daftar trademark?

Apabila trademark telah didaftarkan, ia dilindungi di bawah undang-undang dan akta yang berkaitan.  Perlindungan ini membolehkan trademark yang didaftar tidak digunakan oleh pihak lain.

Sebarang penggunaan oleh pihak lain adalah salah di sisi undang dan pemilik yang daftar trademark tersebut boleh memohon kos mahkamah dan ganti rugi atas penggunaan.

Hak milik ekslusif kita selamanya

Perlindungan kepada trademark yang didaftarkan adalah selama sepuluh (10) tahun.  Kita boleh perbaharui pendaftaran bagi 10 tahun berikutnya.  Ini bermakna, trademark adalah hak milik ekslusif kita selagi kita perbaharui setiap 10 tahun.

Di mana kita nak daftar?

Perlindungan trademark adalah di setiap negara yang kita daftarkan.  Di Malaysia, trademark boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  MyIPO juga mempunyai ejen bagi pendaftaran trademark.

Kenapa perlu ejen?

Terpulang.  Kita boleh daftar sendiri dengan kos yang lebih rendah.  Tetapi dengan menghubungi ejen bertauliah dari MyIPO, masa yang digunakan untuk daftar trademark lebih ringkas dan proses juga lebih mudah.  Ejen juga sudah berpengalaman dalam mendaftarkan trademark.

Mereka juga mempunyai kepakaran dengan trademark yang boleh atau berisiko tidak boleh didaftarkan.  Dalam langkah-langkah daftar trademark, ejen akan memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Khidmat nasihat termasuk pemilihan trademark yang kukuh, sokongan pendaftaran dan penyediaan dokumen.  Jika ada isu berbangkit dari pihak MyIPO atau tentangan dari pemilik trademark lain, khidmat nasihat juga akan diberikan.

3 Langkah daftar trademark dengan mudah?

Hubungi ejen berdaftar MyIPO, Puan Alin Hurriya Harlinda daripada DaftarTrademark.com untuk daftar trademark  dengan tiga (3) langkah mudah:

  1. Dapatkan bantuan dengan khidmat nasihat pembangunan trademark yang kukuh (strong trademark);
  2. Bantuan penyediaan dokumen pendaftaran dan dokumen-dokumen sokongan lain; dan
  3. Pedaftaran trademark di MyIPO, dan sokongan poendaftaran jika terdapat isu-isu berbangkit seperti jika terdapat bantahan dari pihak lain.

Klik link ni untuk WhatsApp Pn. Alin:

https://daftartrademark.com/whatsapp/0108400094

Layari juga https://daftartrademark.com untuk maklumat lanjut.

Satu respons kepada “3 Langkah Daftar Trademark Mudah”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *