Great Brands Start Inside

Great brands start inside – Ya.. jenama yang hebat perlu bermula dari dalam.  Dalam kes ini, kita perlu belajar dari Sam Palmisano yang dilantik menjadi CEO IBM pada tahun 2002.  Beliau menyertai IBM pada tahun 1973 sebagai juru jual (salesman), menyaksikan IBM menghadapi masalah besar pada tahun 1990 an.  Pada tahun-tahun tersebut, lebih setengah daripada 400,000 kakitangan IBM kehilangan pekerjaan.

Beliau mendapati company value IBM ketika adalah sebahagian daripada masalah yang berlaku.  Bagaimana?   Company value yang berkaitan dengan “respect for the individual” dan   “the pursuit of excellence” telah bertukar menjadi budaya kerja yang dianggap sebagai “managerial culture of entitlement and arrogance“.

Budaya Kerja vs Pemasaran dan Pengiklanan

Beliau memilih untuk membawa budaya kerja baru kepada IBM, berbanding dengan meningkatkan jualan melalui kempen pemasaran dan pengiklanan serta pengeluaran produk baru.   Sememangya adalah lebih mudah mengeluarkan produk baru dengan kempen pemasaran dan pengiklanan yang baru untuk menarik perhatian pengguna dan juga pelabur.

Apa yang CEO IBM ini lihat, adalah tidak mungkin untuk syarikat menyalurkan nilai yang hebat kepada pelanggan tanpa terlebih dahulu meningkatkan kehebatan kakitangan syarikat.  Jadi, satu kaedah bagi membina brand yang hebat, perlukan budaya syarikat yang hebat terlebih dahulu. Ianya perlu bermula dari dalam!  Budaya yang hebat ini kemudiannya diterjemah menjadi customer experience – pengalaman pelanggan.

Great Brand Start Inside

 Your brand can ’t just be a promise; it must be a promise delivered

Brand bukan sahaja sebagai janji kepada pelanggan.  Tetapi ianya lebih kepada janji yang ditunaikan.  Bukan janji palsu.

Sebagai langkah pertama, budaya syarikat yang baru perlu diwujudkan.  Budaya kerja ini perlu align dan integrate dengan brand syarikat.  Sokongan juga diperlukan daripada external stakeholder bagi menamkan budaya baru ini.

Seterusnya, budaya baru ini perlu digunakan untuk mengoptimumkan operasi dan ianya perlu melibatkan setiap kakitangan syarikat.

Apa IBM Perlukan?

IBM terkenal dengan perniagaan berasaskan pengeluaran perkakasan komputer atau hardware.  Kemudian barulah kepada pengeluaran perisian (software) dan perkhidmatan yang berkaitan dengan bisnes digital.  Setelah mengambil alih jawatan CEO, Sam Palmisano telah menukarkan teras perniagaan ini.  IBM lebih tertumpu kepada pengeluaran perisian dan perkhidmatan bisnes. Barulah teras keduanya sebagai pengeluar perkakasan.

Teras utama perniagaan dari pengeluaran perisian dan penyedia perkhidmatan adalah knowledge atau ilmu pengetahuan.  Jadi, sumber manusia kini menjadi brand utama – bukannya produk yang dikeluarkan.

Just as our products have had to be consistent with
the IBM brand promise, now more than ever, so do our people.”

– Sam Palmisano

IBM memiliki lebih 300,000 kakitangan diseluruh dunia.  Dan kebanyakkan mereka berkerja diserata tempat, terutamanya dilokasi pelanggan.  Ada diantara mereka juga bekerja secara teleworking di rumah dan ditempat lain.  Ini bermakna mereka juga kurang mendapat pengawasan atau supervision secara langsung daripada supervisor masing-masing.  Sam Palmisano berpendapat, “a globally consistent set of values”  sangat diperlukan.

Pembentukan Nilai dan Budaya IBM

Pada tahun 2003, dengan menggunakan rangkaian komunikasi yang digunapakai oleh IBM, mereka mengumpulkan cadangan dari kakitangan serata dunia selama 72 jam.  Cadangan 72 jam diterima tanpa filter ataupun censored.   Akhir 72 jam tersebut, sebanyak lebih 50,000 kakitangan IBM mengikuti diskusi online tersebut dan lebih 10,000 kakitangan meninggalkan lebih 1 juta mesej secara online.

Sebagai syarikat teknologi yang cemerlang, perisian digunakan bagi tujuan menganalisis dan nilai-nilai budaya kerja baru dikumpulkan seperti berikut:

◆ Dedication to every client ’s success.
◆ Innovation that matters—for our company and the world.
◆ Trust and personal responsibility in all relationships.

Kita lihat yang pertama adalah berkaitan dengan pelanggan.  Kemudian kepentingan inovasi dan seterusnya perhubungan antara kakitangan dan dunia!  Ketiga-tiga nilai ini kemudian dirumuskan menjadi satu – “IBM ’s mission as an enterprise.”

Budaya dan nilai kerja ini bukan bersifat sokongan kepada brand, tetapi ia adalah brand tersebut.  Budaya dan nilai kerja ini digunakan untuk membuat keputusan perniagaan dan menentukan setiap tindakan kakitangan syarikat.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *