Teringin mahu punya logo kucing atau harimau?

Teringin mahu ada logo berkaitan dengan Kucing atau Harimau? Baca ini dulu..

Antara aspek penting bagi pemilihan trademark sebelum didaftarkan adalah memastikan ianya tidak menyerupai atau hampir-hampir serupa dengan cap dagangan pihak lain.  Kes cap dagangan serupa atau hampir serupa dengan brand yang telah didaftarkan oleh pihak lain berpotensi besar untuk timbulkan masalah kemudian hari.

Mari kita tengok  contoh logo yang telah didaftar sebagai trademark oleh Puma SE.  Puma SE, dengan trademark yang didaftarkan sebagai Puma adalah syarikat German yang merekacipta, membuat dan memasarkan produk fesyen seperti kasut dan pakaian sukan.    Logo yang digunakan adalah seekor Puma (singa gunung, cougar atau panther) yang sedang melompat!

Jadi apabila memilih logo untuk perniagaan atau organisasi, jangan sekali-kali kita pilih yang hampir sama rupanya.  Jangan kita pilih kucing, harimau mahupun singa yang sedang melompat seperti yang telah didaftarkan oleh Puma.  Kambing atau pun lembu yang sedang melompat seperti itu juga adalah tidak digalakkan!

Puma vs Sinda

Kita lihat contoh pertama.  Puma vs Sinda.  Sinda juga merupakan perniagaan yang berteraskan pakaian dan fesyen yang berasal dari Poland.  Kita lihat logo yang digunakan oleh Sinda dan Puma ini:

Nampak tak? Walau pun logo yang digunakan oleh Sinda bukanlah puma, harimau atau pun kucing, ianya tetap mendapat bantahan dari Puma.  Kes telah dibawa ke mahkamah Kesatuan Eropah pada 2012 dan berlarutan sehingga February, 2016.  Walaupun pada keputusan mahkamah  awalnya pada tahun 2013 dan 2014 berpihak kepada Sinda, keputusan mahkamah tertinggi EU mendapati Sinda telah melangar trademark yang didaftarkan oleh Puma (trademark infringement) .

“… the mark applied for and the earlier mark are both black silhouettes of animals … the curves of the back and belly of the two animals depicted are not identical but have undeniable similarities.”

Puma vs Philip Plain

Ini berita awal tahun lepas, 2018.  Philipp Plein juga terlibat dalam industri fesyen dan pakaian termasuk pakaian sukan.  Kita tengok logonya..

Rasa macam tak sama kan? Tapi ada unsur-unsur melompat juga.  Jadi Puma telah memfailkan saman kepada Phlipp Plein dan kes masih dalam urusan mahkamah.

Apa implikasi?

Apa kita boleh pelajari dari kes Puma ini? Ianya adalah berkenaan logo hampir serupa.  Kalau dari bentuk tidak serupa, konsep juga adalah hampir serupa.

Bagi kita usahawan yang baru mahu bertapak dalam bidang perniagaan lebih baik kita elakkan kes-kes begini.

Mungkin ingat kita boleh tumpang populariti bisnes orang lain sebagai strategi marketing, ia boleh menimbulkan masalah dalam jangka panjang.

Selain dari kos-kos berkaitan mahkamah dan saman, kita juga perlu bermula semula untuk menaikkan jenama dengan trademark yang baru.  Sama sahaja seperti bermula berniaga kembali.  Ingat senang ke?

Stock yang lama dengan brand tersebut nak buat apa?  Ini kerugian seterusnya yang bakal kita tanggung!

Jadi apa nak buat?

Pilihlah trademark yang tidak serupa, hampir serupa, konsep hampir sama atau bunyi hampir serupa dengan cap dagangan pihak lain.  Lakukan kajian mendalam sebelum memilih trademark yang bakal digunakan.

Lebih penting, dapatkan nasihat yang pakar dalam bidang ini.  Kita boleh berhubung dengan MyIPO atau agen berdaftar untuk lebih memudahkan!  Dapatkan nasihat mereka supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari.

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *