Besan kirim salam!

Mari kita lihat contoh branding dengan memilih cap dagangan yang betul 👍🏼  Kita boleh beri nama jenama kita yang tiada kaitan dengan barang atau produk yang kita niagakan.  Contoh:

  • Apple – Komputer/ phone / gadgets – tiada product buah, apple atau seangkatan dengannya.
  • Duck – Tudung, pakaian / baju bajan – Tiada prodduck 🦆 atau 🐔🦁🐯
  • Besan – Tepung,  tidak jual besan, bakal besan atau besen / basin. ( Ejaan pun tak boleh aci-aci nak sama dengan product) ya..

 

 

Ingat tentang spektrum idea pembangunan trademark?  Inilah yang kita panggil sebagai arbitrary trademark.  Apa arbitraty trademark ni? Arbitary Trademark adalah trademark yang tidak bersangkutan, berkait langsung dan juga tidak mengambarkan sifat produk.

Jadi, jika jual tudung / shawl usah letak jenama Heejab*** sebab ia perkataan sedia ada dan menggambarkan produk kita.  Jenama bagus dan boleh pergi sangat jauh jika ia perkataan baru dicipta, tiada kena mengena dengan product yang kita jual.

Ini lebih bagus dan trademark dikatakan lebih kukuh (strong trademark) dari segi undang-undang.  Bagi trademark jenis ini, kita masukkan dia dalam kategori fanciful trademark.  Trademark yang merujuk kepada perkataan yang dicipta seperti Google, Exxon dan Kodak.

 

Sekian untuk makluman founder2 sekalian.

Nak tahu lebih lanjut, contact saya!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *