Alignment kepada Stakeholder Luaran

Pembudayaan kepada branding bukan sahaja merujuk kepada kakitangan syarikat semata-mata.  Ia juga perlu disasarkan kepada external stakeholder seperti board of directors, pelabur,  pembekal/vendors, distribution channel, franchisee, service providers dan sebagainya.

Lihat sahaja kepada pembekal kepada produk syarikat, mereka juga perlu align dengan nilai-nilai yang kita wujudkan.  Contoh, barangan mereka bekalkan perlu berkualiti sesuai dengan nilai tersebut.

Begitu juga kalau kita appoint third party service provider bagi menjalankan iklan pemasaran.  Ia perlu membawa mesej yang bersesuaian dengan nilai-nilai tersebut.

External Stakeholder Empowerment

Sebagaimana dengan kakitangan syarikat, external stakeholder juga perlu dibekalkan dengan brand toolbox dan sesi engagement yang berkaitan.

Contoh, jika kita gunakan perkhidmatan untuk mencari kakitangan syarikat atau talent, kita perlu bekalkan ciri-ciri talent yang kita mahukan bersesuaian dengan nilai dan budaya branding yang diwujudkan.

Channel distribution perlu dilengkapkan dengan strategi sales dan marketing, bagaimana mencari pelanggan dan juga pricing guideline.  Bagi advertising and marketing agency pula, kita perlu bekalkan dengan communication guidelines disamping marketing strategi yang mahu dijalankan.

Brand Engagement Session

Apa sesi engagement yang boleh kita buat? Mari kita lihat beberapa contoh ..

  • Pembekal – kita adakan sesi engagement kepada pembekal tentang bagaimana sambutan dan komen pengguna terhadap produk yang mereka bekalkan.   Bagaimana mereka interact dengan brand dan produk yang pembekal hasilkan akan membuat pembekal rasa involved, enggaged dan bangga dengan apa yang mereka kerjakan;
  • Advertising agencies – kita boleh adalah engagement session dan brainstorming bagaimana kita boleh ‘menghidupkan’ brand tersebut dan juga nilai-nilai dan budaya yang diwujudkan.
  • Business partner lain pula kita boleh wujudkan sesi dengan pertanyaan, “How well do you know our brand?”
  • Board of directors –  mungkin kita boleh berikan high level presentation tentang aktiviti branding yang dijalankan dan bagaimana mereka boleh membantu untuk memelihara atau protect brand tersebut.

Penglibatan external stakeholder ini akan dapat memangkinkan semua pihak yang terlibat untuk menyokong setiap nilai-nilai yang diwujudkan dan seterusnya menjadikan ianya budaya baru dalam syarikat.  Ia seterusnya membantu untuk mewujudkan brand image atau identiti yang kita mahukan.

Kita jumpa lagi di lain posting dan selamat maju jaya!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *