Ayam goreng LV

Nak pilih jenama jangan asal boleh je.  Jangan juga rasa-rasa nak tumpang glamer brand lain.  Nama dekat-dekat sama, bunyi hampir sama pun kita perlu jauhkan sama sekali.

Mari kita tengok berita lama tahun 2016 yang boleh dijadikan iktibar.  Jenama ayam goreng di Korea Selatan namakan restoran mereka sebagai “LOUIS VUITON DAK”, sempena perkataan ‘tongdak’ dalam bahasa Korea yang bermaksud “whole chicken’ – ayam seekor :-).  Logo pun tak jauh beza.

 

Apa kita rasa bila jenama ternama kita dalam bidang fesyen dikaitkan dengan ayam goreng?  Saman.

Pemilik restoran kemudian tukar nama kepada “CHA LOUIS VUI TONDAK”.  Degil kan.

Akibatnya saman berikutnya difailkan oleh pemilik jenama dan mahkamah membuat keputusan restoran tersebut perlu membayar  14.5 juta won (USD $12,500).

Apa yang boleh kita pelajari dari kes ini? Satu, kena saman.  Kedua, kena naik turun mahkamah.  Ketiga, kena tukar jenama banyak kali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *