Membina Budaya dalam Branding

Merujuk kembali kepada pembentukan budaya dan nilai IBM, lebih 50,000 kakitangan mengikuti perkembangan pembentukkan nilai tersebut.  Lebih 10,000 kakitagan pula secara aktif memberikan input online secara langsung lalu terhasilah – “IBM ’s mission as an enterprise“.

Kita tahu nilai dan matlamat yang jelas itu penting, tetapi ianya tidak terhenti di situ.  Perubahan budaya berasaskan nilai dan matlamat ini tidak akan berlaku sehinggalah kesemua kakitangan (top leader & staff) menggunakan nilai tersebut dalam tindakan mereka seharian.

Mari kita lihat konsep pembentukan budaya dalam prinsip pertama Great Brand Start Inside, What Great Brands Do – the seven brand building principles that separate the best from the rest.

Mengukuhkan asas pembentukan budaya

Ia juga tak akan berlaku jika bentuknya adalah sebagai arahan dari pihak atasan sahaja.  Brand yang hebat akan mengukuhkan asas pembentukan  budaya dengan:

  • Educate – membantu kakitangan untuk memahami apa nilai yang berkaitan dengan brand dan mengapa ianya penting;
  • Define – menerangkan apa yang dimaksudkan dengan brand mereka dan apa beza dengan yang lain; dan
  • Activate – membantu mereka untuk memahami impak terhadap persepsi brand syarikat dan apa yang diperlukan dari mereka.

Cabaran perubahan budaya

Cabaran utama adalah untuk kakitangan syarikat memahami , embrace dan menyampaikan nilai brand tersebut.  Mereka perlu tahu apa nilai tersebut (know it values in their head),  terinspirasi (feel inspired by them in their hearts) dan seterusnya menzahirkannya dalam bentuk tindakan (put them into action with their hands and feet).

Di sinilah proses bagi kakitangan memberi input secara online oleh IBM bertujuan untuk engage heads and hearts.  Seterusnya,  nilai ini perlu digunakan untuk merangsang kakitangan untuk melakukan perubahan pada behavior atau pun tindakan mereka.  Bagaimana?

Merangsang perubahan

Bagi merangsang perubahan behavior kakitangan, ianya perlu difokuskan kepada design, empowerment dan impact:

  • Design – kita perlu design struktur organisasi dan model bisnes yang boleh menyokong penyampaian nilai yang kita bangunkan;
  • Empowerment – kita perlu melengkapkan kakitangan dengan sumber dan tool bagi menyemai nilai brand yang mahu disampaikan dalam tindakan seharian;
  • Impact –  kita bina impak positif kepada kakitangan dari segi kerjaya & kehidupan seharian mereka.

Petanda sesuatu brand itu hebat boleh diketahui melalui bekas kakitangan yang masih berbangga dengan syarikat lama mereka.  Mereka pasti akan berkata mereka turut membangunkan kehebatan brand syarikat!

Empowerment

Selain dari sumber manusia dan kewangan bagi menyemai nilai brand yang mahu disampaikan, kita juga perlu melengkapkan kakitangan dengan tools khusus bagi tujuan ini.  Jadi tools apa yang kita perlu lengkapkan kakitangan kita?  Mari kita lihat:

  • Penerangan tentang branding strategy bersama nilai-nilai yang perlu disampaikan.  Perlu ada background, definisi key term dan rational mengapa ianya dilakukan.  Ia bertujuan untuk kakitangan memahami apa dan kenapa ianya perlu dilaksanakan;
  •  Principle dan guideline bagi menyampaikan nilai brand dan pihak terlibat sama ada dalaman mahu pun luaran;
  • Contoh bagaimana penyampaian nilai boleh diaplikasikan atau pun dilakukan;
  • Panduan bagi membantu kakitangan bekerja dan membuat keputusan berasaskan nilai brand; dan
  • Dokumentasi bagaimana pengunaan brand expression secara luaran seperti penggunaan logo, saiz yang dibenarkan, kedudukan logo pada dokumen, font dan saiz yang berkaitan.

Tools ini diberi rujukan sebagai Brand Toolbox di dalam buku “What Great Brand Do” ini.  Brand toolbox ini boleh dalam pelbagai bentuk seperti dokumen, video, poster dan sebagainya mengikut kesesuaian masing-masing.

Brand Engagement Session

Membekalkan Brand toolbox  kepada kakitangan sahaja tidak mencukupi.  Kita perlu adalah sesi engagement dengan kakitangan bagi memberi penerangan dan lakukan perbincangan tentang tools yang dibangunkan.  Sesi ini perlukan dijalankan pada setiap peringkat organisasi.  Sesi engagement ini perlu lebih spesifik mengikut kumpulan atau pun bahagian yang terlibat.  Perlu adakan sesi bagaimana ianya digunakan dan diaplikasikan dalam pekerjaan seharian.

Antara yang boleh dilakukan termasuk sesi presentation dan penerangan, facilitated discussions, games dan juga interactive exercises. Syarikat-syarikat besar umpamanya menggunakan kaedah e-learning bersama kuiz ringkas secara berkala.  Ia perlu dilakukan berulang sehingga lulus markah adalah 80-90%!

OK nanti kita sambung lagi tentang empowerment & brand engagement session ini dalam posting yang lain. Selamat maju jaya!

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *