Sesi Brand Engagement

Sesi brand engagement ini bertujuan untuk melengkapkan kumpulan atau department dengan pengetahuan dan pengalaman branding spesifik dalam syarikat.

Matlamat utama, kumpulan sasaran ini akan dapat operationalize brand dalam tindakan seharian, kenalpasti strategi dan program yang perlu diwujud serta implementasi dan seterusnya align prioriti mereka dengan brand.

Dengan sesi engagement ini, ia akan dapat merangsang pembentukan budaya branding baru dalam syarikat dan seterusnya mencapai objektif “Great Brand Starts Inside“.

Mari kita lihat contoh sesi brand engagement bagi memberi empowerment kepada kakitangan syarikat.  Kita perlu pilih beberapa leaders bagi menghadiri sesi “Brand Day” dengan tujuan mereka align dan engage kepada platform brand yang bakal diwujudkan.

Sesi tersebut termasuk:

  • Model of Success – dilakukan secara cross functional, dipecahkan kepada beberapa kumpulan ini diberikan tugas untuk lakukan kajian tentang syarikat-syarikat lain dengan brand yang kukuh dan ternama.  Kaji apa mereka lakukan, modelnya bagaimana dan nilai-nilai yang wujud dan seterusnya apa yang mereka buat untuk deliver nilai tersebut. Kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kajian mereka.  Sesi ini bertujuan untuk peserta mencari maklumat tentang best practice, polisi atau dasar dan program yang boleh diterapkan/diaplikasikan kepada syarikat;
  • Breakthrough Session – Apabila nilai dan budaya bagaimana yang mereka mahu telah diwujudkan, kumpulan yang terdiri dari leaders kepada business atau functional unit dikumpulkan.  Kali ini, kumpulan ini diberikan tungas untuk bagaimana setiap functional unit ini boleh selaraskan (atau align) functional unit mereka dengan nilai dan budaya tersebut.  Akhir sesi, functional unit ini dimestikan untuk melaksanakan segera 2 perkara dari beberapa perkara yang ditetapkan bagi tujuan brand alignment.  Mereka juga perlu tinggalkan apa-apa tindakan atau pekerjaan semasa yang tidak selaras dengan nilai dan budaya ditetapkan

Dua sesi utama ini bertujuan untuk leaders kembali dan membuat perkara yang serupa kepada business / functional unit masing-masing.  Leaders akan menerajui inisiatif pembudayaan dan pengukuhan nilai kepada unit masing-masing.

Tujuan utama adalah setiap kakitangan akan terus engage kepada pembentukan dan penyaluran budaya dan nilai yang diwujudkan.  Bila keseluruhan kakitangan ambil bahagian dalam pembentukan budaya dan nilai ini, ini akan mewujudkan rasa bangga, passionate dan seterusnya membuat mereka lebih komited.

Kejayaan mewujudkan budaya dalam branding ini kemudian boleh dinilai dengan menjalankan survey kepada kakitangan syarikat.  Questionaire kajian termasuklah bertujuan untuk mengetahui bagaimana mereka faham tentang branding strategi yang dijalankan, kepentingan kepada kejayaan syarikat dan apa yang mereka lakukan dalam tindakan seharian yang seiring dengan nilai yang diwujudkan.

Penyertaan juga perlu dinilai dengan mengetahui berapa yang memuat turun (download) tools yang dibangunkan, berapa yang menyertai games yang dijalankan.

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *