Apa Pampers Buat?

Pampers juga merupakan salah satu jenama lampin pakai buang terkenal di serata dunia.  Mana taknya.. semua lampin pakai buang pun kita refer sebagai pampers kan?  Mari kita cerita sedikit tentang Pampers ni.

Pampers, jenama dari Europe telah membuat jualan lampin pakai buang tertinggi pada tahun 1997.  Walau bagaimana pun,  mereka dapati  market share semakin berkurang akibat pesaingan hebat daripada Huggies.

Produk lebih hebat

Berbanding dengan Huggies, produk mereka lebih superior!  R&D mereka dapati sememangnya lampin tersebut lebih kering berbanding produk lain.  Jadi kenapa mereka terus hilang market share?  Kan pengguna pun tahu produk mereka lebih hebat?

Focus Group 

Focus group diwujudkan untuk mengkaji masalah tersebut.  Mereka dapati fungsi lampin kering sahaja bukanlah perkara utama yang ibu-ibu mahukan.  Mereka lebih mementingkan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi!

Jadi, apa yang dipelajari adalah mesej pemasaran hanya terfokus kepada lampin kering sahaja.  Ia tidak menjentik emosi ibu-ibu  dengan mesej lampin kering membuat bayi tidur lebih lena seterusnya membuat bayi lebih sihat.

Nilai Baru

Anjakan paradigma ini kemudian memberi cabaran pada pereka lampin Pampers ini.  Ia tidak lagi hanya terfokus kepada lampin kering, tetapi bagaimana rekaan mereka boleh membuat bayi lebih tidur lena dari aspek keselesaan bayi.

“Nilai” baru ini bertujuan untuk membuat ramai ibu-ibu diluar lebih gembira dengan bayi yang sihat!

Dengan nilai ini, Pampers juga bekerjasama dengan UNICEF dalam kempen worldwide untuk mengalakkan vaksinasi kepada ibu dan kanak-kanak terhadap tetanus infection.

Kesannya hubungan emosi ibu gembira dan bayi sihat ini membuat revenue Pampers berkembang dari USD 3.4 bilion (1997) kepada USD $ 10 bilion dalam masa 3 tahun sahaja.

Apa boleh dipelajari dari Pampers? 

Mesej penjenamaan dan pemasaran ditransformasikan daripada terfokus kepada produk yang hebat kepada emosi ibu-ibu yang lebih gembira kerana bayi mereka tidur lebih lena dan seterusnya membesar dengan sihat.

Inilah apa yang dikatakan brand hebat elak jual produk dalam mesej penjenamaan dan pemasaran mereka.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *